:: [ .ib. : "...~ dalam dunia ni mane ade bende yg kekal, kalu hilang, hilanglah... macam mane pun kite sayang... ... ... takkan dtg balik... pandai2lah move on... ...하루하루~..." ] ::

Tuesday, October 20

:: sia-sia | tiada beza ::













apabila fikiran bercelaru. ako keliru. ako buntu. ako tak tahu. benda yang ako mahu tahu. ako keliru lagi. fikir apa erti. fikir apa makna. segala tindaknya. yang berdiam sahaja. diam. sangat diam. dialah. puas ako bertanya. puas ako berkata. puas ako berteka-teki. puas ako menyendiri. tapi tak kutemui. sebab mengapa dia sembunyi. apa maksud dia di hati. senyum. tapi dia senyum. bertambah celaru. dia tidak ada perasaan kah? atau dia ingat perasaan ako main-main? sungguh perasaan ako ni realiti. nyata. betul. ako mahu dia. dia tahu itu. dia kata boleh. tapi. nanti dia bagitahu. bila. itu yang ako tak tahu. menunggu. ako menunggu. masih diam. dia. kutunggu lagi. dan lagi. sampai kini.

SOMBONG. itu yang ako dapat setelah beberapa lama menunggu. akolah yang sombong sekarang? hmmm... terlalu banyak kata. terlalu banyak tanya. terlalu banyak cerita. terlalu banyak yang ako ingin sampaikan. pada dia. tapi jauh di fikiran ini, macam sia-sia. tiada bezanya. beritahu dia. tidak beritahu dia. tiada tindak dari dia. tiada kata dari dia. ako rasa ako telah bagitahu segala. segala yang dia tanya. segala yang dia paksa ako berkata. segala yang dia perlu tahu. dulu, ako berdiam. dia kata. bagitahulah. kini setelah ako berkata. mana dia? dia hilang. dia ada sebenarnya. cuma hilang. dia diam. dia enggan cerita. dia enggan. enggan.

tunggu lagi? sampai tunggu lagi? tunggu. ako memang sedang menunggu. sentiasa.
 

sampai lagu-lagu yang dahulunya ako menyanyi kecil bila mendengar, kini tiada rentaknya.

sampai senyum yang dahulu kutabur percuma, kini hampir mahal harganya.

sampai hatiku yang dahulunya mekar berbunga-bunga, kini layu daunnya.

sampai telefon bimbitku yang dahulunya kusayang gila, kini kujeling sebab tiada sms dari dia.

sampai YM yang dahulunya kupuja-puja, kini kubiarkan sahaja sebab tiada dia.


tapi ako tidak pernah benci pada dia. hanya sedikit terasa. hanya sedikit kecewa. hanya sedikit terguris kaca. hanya sedikit fikir berkata...


p/s: "...awak, saya perlu tahu..."

6 comments:

azzam said...

rilek bro,gua phm ati dan sanubari lu..perempuan nie pelik kn bro?just be ur self la bro,nasihat dari gua,patah tumbuh hilang berganti...ok,adioss..>~!

.ib. said...

hehe... many thanks bro for tht very kind piece of advice... ako hargai... huhu meby sbb ako terlalu berfikir kan... sensitif sgt... haha. erm, pelik memg pelik...

p/s: perkataan rilek tu mcm pernah dgr dr seseorang itu jugak...

Anonymous said...

hmm..sila bertenang ya :)

.ib. said...

hehe... bertenang je sebenarnye... tulah lepas tulih2 kate2 hati ni... bru leh pikir balik dgn baek... tenang2... hehe... org kate let go yg negative2 tu kan... hehe... thx! ;)

L25 said...

minta maaf la jika kata2 nie terlalu jujur
jujur itu perlu

bg lin, itu ayat menolak permintaan org secara halus.bukan kasar..

.ib. said...

erm... betul jugak tu...

tp dia...
diam n tak pernah nak bgtau... mcm takdek ape2 pun yg pnah berlaku... kalau jujur itu perlu, bagitaulah... i can always accept rejections... sbb dah biase... chill!

btw, thx. meby itu niat die... i n yg salah faham kan...

Blog Widget by LinkWithin