:: [ .ib. : "...~ dalam dunia ni mane ade bende yg kekal, kalu hilang, hilanglah... macam mane pun kite sayang... ... ... takkan dtg balik... pandai2lah move on... ...하루하루~..." ] ::

Wednesday, July 21

:: [137] | "...Super Player..." ::

hah.
harini ako ternampak dan terdengar sesuatu.
nampaknya si pemain sudah memulakan gerak langkahnya yang licik. permainan kini bermula. bakal mangsa, silalah berhati-hati, kerana jika suara-suara lembut dan kata-kata manis ditabur itu, maka adalah hajat di hati sang pemain.

yang terlibat, just be careful. titik.


ako sangatlah terannoyed pagi tadi. daym it.

Sunday, July 18

:: [136] | "...3 Idiots..." ::

huah...~

esok dah kerja dah... so hari ahad macam ni ako rasa nak duduk umah je. sebab semalam dah kluar ngan badiu n fariz. so harini ako nak rehatlah pulak kan. hehe.













sempena duduk umah, apa lagi. tengoklah cerita2 yang dah ditorrent. memang banyak giler cerita ako dah donlot sampai tak tertengok. sebab biasa weekend ako kluar kan. hehe. ako sebenarnya duk layan cerita korea Personal Taste tapi episod 15 ngan 16 still torrenting... slow pulak... adeh uploader balik kampung lagi rasanya. haha. so kenalah tengok cerita2 lain dulu. ako tengok Tudung Ekspress yang baru je episod ke2. ako baru perasan series ni ditulis oleh kakak ayip jugak. hehe. best2.

habis layan tu. ako tengoklah cerita hindustan ni. 3 IDIOTS. hehe. sebab ramai yang komen kat thread cerita ni best sangat. ako pun cepat2lah donlot. hehe. lama jugaklah ako tak tengok cerita2 hindustan. terutamanya yang best macam ni. sirius cerita ni sangat best guys. rugi tak donlot. cerita yang tak membosankan. lagu2 pun takdeklah leleh sangat. yang bestnya cerita ni ade Aamir Khan dan Kareena Kapoor. dah lama jugaklah tak tengok diaorang berlakon kan. dulu memang minatlah diaorang ni. hehe. sekarang tengok Aamir Khan berlakon jadi budak kolej pulak. nampak sangat muda. nama Aamir Khan dalam cerita ni, Rancho.

cerita mengisahkan 3 orang sahabat yang bertemu di kolej dan mereka datang dari pelbagai usul dan cerita. dan dekat kolej ni diaorag belajar erti hidup dan erti sebuah persahabatan. diaorang jugak belajar bagaimana sebenarnya seseorang student harus belajar dan seseorang pendidik tu seharusnya mengajar. pasal mak bapak ada gak... jenis mak bapak yang suka memaksa anak belajar ikut apa yang diaorang nak bukannya belajar ikut minat budak tu... thats not gud kan. bukan ke buat benda yang kita minat tu lebih baik...? hehe.

apa yang penting, AAL IZZ WELL~ hehe ;) ako memang recommendlah korang tengok cerita ni. ada suka. ada sedih. banyak isi dan cerita. tengok k~

p/s: lupa pulak yang cerita hindustan kan memang memakan masa hampir 3 jam atau lebih... hehe ;)

Wednesday, July 14

:: [135] | "...Missing You..." ::

hari ni ako rasa rindu.













rindu kat siapa ako pun taktahu. tapi perasaan rindu tu sangat kuat. tiba-tiba je datang. membuat ako megelamun seketika. bila tersedar, ako jauhkan perasaan tu. tapi kemudian datang lagi. dan lagi. entahlah. siapalah yang ako rindu tu kan. pelik, pelik. sendiri pun taktahu tapi ako dapat rasa perasaan rindu tu. maybe kepada sesiapa saja yang sudi terima perasaan tu kot.

mungkin jugak sebenarnya ako rindukan perasaan menyayangi seseorang. itulah kot sebenarnya. berani ke ako nak menyayangi orang lagi? perlu ke? ako tak ada jawapan untuk soalan tu. hati masih diam. maybe selepas ni walau macam manapun suka atau sayang ako kat seseorang i had rather keep it as secret than spill it out. ako serik. masih lagi sakit. belum lagi. just not yet. i will just remain in silence and love in silence. well, i would say it's better to just be than be hurt kan...?

perasaan rindu tu maksudnya orang yang kita sayang sedang memanggil kita kan? i heard this one story. seseorang ni telah disakiti dan dilukai oleh orang yang dia sayang. dia marah. dia sakit. dia rasa benci. tapi jauh di sudut hati dia, dia nak menyahut panggilan orang yang dia sayang tu, tapi tiada siapa pun tahu yang dia sebenarnya menangis di dalam hati... betapa kuatnya perasaan suka dan sayang dia kepada orang tu kan, walau dilukai, walau disakiti... masih dinanti. masih dicari.













owh ye, ni album sebuah KPop nama FT Island. hehe. sekarang ako memang tengah layan muzik-2 korea. Ft Island, Big Bang, 2PM, Wonder Girls, dan macam-2 lagi solo ke, band ke, soundtracks ke... memang best muzik diaorang. album ni ako dapat kat sebuah kedai cd kat Wangsa Walk (ni mall Garis buat... hehe). byk album2 original dari korea ada kat situ. dalam album ni ako paling suka lagu Missing You lah... hehe. no wonderlah kan... hahahah~

p/s: patutkah ako membenci kebahagiaan dia disebabkan semua luka yang dia bagi kepada ako...?

Thursday, July 8

:: [134] | "...I'm a Fiver now~!!!..." ::

hehe... hari ni sangat happi rase hati...













bro balik dari jakarta membawa hajat di hati ako...
akhirnya, yang dicari tapi tak sempat masa kat Bandung haritu menjadi milik ako jugak... haha... ingat lagi, first ako dgr lagu Five Minutes ni kat Toko Tiga, Bandung. Toko Tiga ni tempat shopping jeans n baju2... best jugak... tengah ralik2 pilih2 baju, terdengarlah sebuah lagu ni, bestlah di telinga ako ni... so ako pun tanyalah salegirl tu siapa yang nyanyi lagu tu... dia katalah band Five Minutes...

terus lepas tu pegi kedai cd cari cdnya, tapi hampa... habis sudah. tak banyak kedai cd boleh pegi sebab masa terhad. banyak lagi factory outlet tak pegi lagi... so kehampaanlah... kedai cd Aquarius kat Bandung tu pun dah pindah pulak... yang ako sempat pegi kat kedai cd depan Plaza Dago... tapi kehampaanlah kan.

so, haritu dengar je bro nak pegi, terus kirimlah... apa lagikan... heh...

finally, here they come, Five Minutes n i am officialy a Fiver now... hehe... many thanks bro... banyak2... anda sangatlah hensem dan taf n tercool sekali kat Garis... (dah2lah tu ib!)... haha.... betul ni bro, terima kasih banyak2.... sampai jugak hajat di hati... cuba jugak cari kat pasaran halal mahupun haram di malaysia ni namun misi gagal...

ok ciao, nak dengar cd ni... (walaupun kesemua lagu dia ako dah donlot dan dah dengar n hafal semuanya, still mahukan cd2nya... hehe... CD quality is the best~ original!)













owh ye, lupa lak... ahya, many thanks for the cuppies... and gudlak in ur study... kami doakan ahya berjaya.... belajar dengan bersungguh2 ye... pasal ayip, jangan risau... dia dah besar n kami akan jaga dia elok2... hahaha~ walaupun semenjak dua menjak ni dia kemurungan akibat pemergian... kami akan cuba sedaya upaya membuat dia gembira... hehe...

ok daa~ ;)

Wednesday, July 7

:: [133] | "...Intro KHAT On Canvas..." ::

assalamualaikum...

huhu... nak sharing sumting di sini... sumting yang baik dan chantek. hehe. intro je dulu... nanti ako update lagi pasal ni. actually name die Khat On Canvas... sesuatu yang baru dan fresh. at first look, sangat suka dan tertarik. huhu... will got mine soon... nanti korang check it outlah ye... intro~










p/s: senang cite, die adelah hiasan khat yang dicorakkan balik menggunakan pendekatan moden dan fresh. memberikan suatu perasaan dan situasi yang baru dan menyegarkan... ahahh~

Tuesday, July 6

:: [132] | "...puaskah...?" ::













puaskah kau lukaiku...?
puaskah kau sakitiku...?
puaskah khianatiku...?
puaskah owh sayangku...?

mungkin hanya bila ku mati...
kaukan berhenti tuk menyakiti...
sampai kapan aku begini...?
terus begini... terus engkau lukai...

*credit lyrics: Puaskah by Wali Band

ako kalah. sungguh ako kalah. ako mengakui. white flag kat tangan ako. kau memang hebat N. kaulah yang terhebat. kaulah yang paling champion dalam menyakiti orang. kaulah yang paling terrer membunuh hati dan perasaan orang... dan kau jugaklah yang terhebat untuk buat-buat tidak ada apa-apa yang berlaku antara kita. kau memang hebat. ako dah kalah. ako pernah cuba untuk buat-buat tidak terasa apa-apa atas apa yang dah kau buat kepada ako, tapi hakikatnya ako sakit sendiri. sakit menipu diri sendiri. sakit menghiris hati sendiri. tapi tidak kau, kau hidup dengan gembira, kau ketawa dengan suka. dan sehingga kini, kau masih cuba untuk menyakiti ako lagi.

Tolonglah N...
tolonglah biarkan ako sendiri.
tolonglah jangan pernah cuba dekati ako lagi.
tolonglah. tolonglah... ... ... ... tolonglah pergi.
tolonglah lenyap dari mataku.
tolonglah diam dari telingaku.
tolonglah hilang baumu dari hidungku.
tolonglah buang namamu dari kata-kataku.
tolonglah lesap dari gapaianku.
tolonglah pupus dari ingatanku...
tolonglah... tolonglah mati dihatiku yang dah mati ini...
Blog Widget by LinkWithin