:: [ .ib. : "...~ dalam dunia ni mane ade bende yg kekal, kalu hilang, hilanglah... macam mane pun kite sayang... ... ... takkan dtg balik... pandai2lah move on... ...하루하루~..." ] ::

Wednesday, June 30

:: [131] | "...biassssa bro~!!!..." ::












kehadapan bro yang gagah perkasa...

huhu... inilah dia list yang ditunggu2... hahah~

tolong ye bro... belikan album2 ni... album2 Five Minutes yang vokalis die Richie... yang lain tak mau.


Rockmantic . 2007
Rockmantic (Repackaged) . 2008
Semua Ini Sendiri . 2009
Satu Hati . 2010


nantii gua bagi duet ye bro... lu memang hensem~

terime kaseh byk2~ dan have fun, jeles ni pegi jakarta.



yang masih ok dan stabil jugaklah,

.ib~.

Tuesday, June 29

:: [130] "...Listen, everything happens for a reason, everything happens for a reason..." ::

janganlah mengubat luka dengan benci
kerana kelak hanya akan terluka lagi
berilah kemaafan walaupun payah sekali
kelak ketenangan akan datang menyeri













dalam masa beberapa bulan ni, ako mencari jalan keluar dari situasi yang sangat merimaskan ni. ape lagi kalu bukan masalah hati. ye ako rase ako pernah tulis yang ako dah tak apa-apa sebelum ni, kira macam dah ok lah kan. ako ingat macam tulah. tapi, bila memori tu menjengah datang lagi ako mula sakit hati. emo menguasai hati. otak tak stabil, jiwa rasa kacau, hati asyik menjerit je mintak tolong jangan torture dia lagi... hati merayu jangan sakiti dia lagi, cukuplah luka parah tu meninggalkan parut hakiki.

ako tahu, luka tetap luka. benda dah jadi pun. ako dahpun terluka. dah tak boleh nak buat apa-apa dah. dan memang ako akui. ini kali pertama. kali pertama ditipu dan dipermain-mainkan perasaan macam ni . macam ako pernah cakap, kena reject biasa, dan sedihnya sekejap je. tapi dimain-mainkan macam ni, sumpah ini kali pertama ako rasa, rasa betapa peritnya luka. betapa dalamnya luka. pejam celik pejam celik, ako sendiri tak percaya, benda ni dah berlarutan selama 7 bulan. 7 bulan yang memenatkan. senang kalau dia jauh dari ako. tapi hari-hari kena mengadap, penatlahkan.

........
selama 7 bulan ni, hari-hari ako sangat tak menentu. perasaan bercampur-campur sampai ada masanya diserang PMS. owh daym, it hurts. sejujurnya, tiap-tiap hari dalam 7 bulan tu tak pernah seharipun ako tak terfikirkan dia. mesti secara tak sengaja atau sengaja mencari. melihat. curi-curi mencari. curi-curi melihat. aduh sakitnya. ako cuba melupakan. sangat susah sebab dia sentiasa ada. kalaula dia jauh, mesti hati lebih lega. ako pun tak tahulah apa sebenarnya ako rasa. ako rasa macam dah gila pun ada jugak. pada mulanya ako sangat marah pada dia. don't even want to look at that face! tapi dalam hari-hari itu jugaklah ako asyik mencari wajah itu. entahlah, maybe ako dah gila. sebab suka sangat. tapi lately ini ako rasa dah okkay sket. marah tu dah takdek kot. kadang-kadang je membuak-buak. suka pulak, entahlah memang taklah kan. kejap-kejap jelah time ako bodoh baru ada, tapi disebabkan ako dah tahu dia tu orang macam mana, so memang tersangat bodohlah kan ako kalau terjerat lagi sekali. huhu~

.....

............
hmmmm, and for a reason, ako cuba membenci dia, kononnya nak jauhkan dirilah. kononnya jugak nak buanglah perasaan suka tu. tapi sekarang ako faham, membenci orang itu bukanlah jalan yang terbaik untuk ako pilih. malah dengan perasaan benci itulah yang akan membuatkan ako terluka lagi. pernah jugak terlintas kat otak ako ni, kenapalah ako boleh tersuka sangat kat dia tu? loser je pun, aduhai. championnya satu je, membunuh hati orang. hati owh hati kan. betapa peliknya sifat hati seseorang tu. tapi sekarang ni ako dah tahu sifat sebenar dia. seorang yang sangat tahu mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain. seorang yang sangat pandai mempergunakan orang lain. seorang yang sangat pandai juga memainkan hati dan perasaan orang. owh ye, super player jugak. padahal inilah kot kriteria pertama yang ako jumpa kat dia sejak ako mula kenal dia, tapi entah bagaimana ako boleh terlupa benda penting ni. dah nak jadi kan.

selama 7 bulan ni, ade jugak ako perhatikan dia. hmmm, memang takdek apa-apa yang berlaku atau apa-apa yang terjadi antara kami yang memberi effect kepada kehidupan seharian dia. believe it or not. betapa kerasnya hati dia atau betapa immunenya dia kepada situasi macam ni. maklumlah, expert kan. kehidupan dia seperti biasa. masih lagi kekal dengan sifat-sifat super player. tiap-tiap hari kedengaran je gelak-gelak besar dalam kegembiraan dia tu. sedikit rasa bersalah pun takdek kot. ala, macam takdek apapun yang berlaku. yelah kan, siapalah ako ni. hati ako ni bukan ada harga pun. suka-suka dia je nak sakitkan, nak mainkan. itulah dia. pernah je dia beberapa kali tegur ako. tapi ako diam je. kat ym pun pernahlah sekali dua dia hai-hai. tapi still ako diam lagi. sampai sekarang. ym dia ako dah buang, nama dia dalam handphone pun dah buang. yelah untuk mengelak rasa benci tu ada kan. ako buang je semua pun. and at times, pernah sekali hati ako rasa sakit sangat sampai rasa nak bunuh je dia! sirius ini sirius. nasib baiklah kan. kalaulah lagi kan, kalaulah memori boleh dibuang dengan menekan butang delete je, kan senang.

................................................
nama dia dah takdek dalam kamus hidup ako. kalau ada pun hanyalah sekadar picisan-picisan kecil yang ditiup angin kesana-kemari dan tak penting. kalau dulu ako ambil berat, sekarang sorrylah. sedikit pun tidak bermakna lagi. pergilah kau jalani hidup kau yang menggembirakan kau tu. pergilah kau terus memain-mainkan orang lagi. yelah, kalau tak buat nanti ako rasa dia takleh hidup kot. macam something wrong. kekecewaan dan kesakitan yang dia bagi kat orang tu umpama semangat dan tenaga untuk dia terus bernafas dan meneruskan hidup. apa orang kata a cup of coffee lah utk dia. untuk hilangkan ketagihan dia kan. tak dapat sakitkan hati orang ke, tak dapat main-mainkan hati orang ke nanti mulalah loya-loya, pening kepala ketagih. sesuatu yang sudah sebati dengan kehidupan dia.

...........

.........
takpelah N, semoga kau sentiasa berbahagia. ako takkan membenci kau lagi kerana kalau ako membenci itu tandanya ako mengalah. dan akhirnya akan terluka lagi. so kali ni, biarlah apa yang berlaku terhadap ako ni menjadi sebuah pengalaman yang mendewasakan ako. walau sesakit manapun hati ni kau buat, ako tahu yang hati yang menyakiti orang itu jauh lebih sakit dan sengsara sebenarnya. jangan sesekali kau lupa, what goes around comes around. setiap perbuatan khianat kau tu akan dinilai dan diberi 'ganjaran' seadanya. tak kiralah sekarang atau nanti, sedikit atau banyak, 'ganjaran' tetap 'ganjaran'. balasan kalau tak dapat kat kau, maybe kat family kau kan. tapi itu bukan mahu ako. sebab yang salahnya kau. biarlah Tuhan membuat kerja Dia. ako juga manusia biasa. kadang-kadang tersalah jugak. tapi untuk memain-mainkan perasaan orang sebegitu, bukanlah ako. maybe jugak dia ni sebenarnya kekurangan kasih sayang kan dari kecik, sebab tu besar-besar suka buat perkara-perkara bodoh untuk menarik perhatian. kesian jugak. hmmmm.

sebenarnya taknak katakan ni, tapi inilah sebenarnya harapan ako iaitu semoga suatu hari nanti hati kau N akan tersiyat dan merasakan sakit yang sama seperti apa yang dah kau buat kat hati ako. sama sakitnya. sama lukanya. sama hancurnya. dunia ni sangat adil sebenarnya, no matter how unfair it may seems.


and yes, i won't cry anymore... not for a loser.

Sunday, June 20

:: [129] | "...day by day..." ::













"... selamat hari bapa, aboh ...~"
selamat hari bapa utk aboh... terima kaseh kat mokcho sebab masak sedap2... hehe... seronoknye bawak kawan2 jalan2 di kampung halaman... dpt berkongsi cerite...~
Blog Widget by LinkWithin