:: [ .ib. : "...~ dalam dunia ni mane ade bende yg kekal, kalu hilang, hilanglah... macam mane pun kite sayang... ... ... takkan dtg balik... pandai2lah move on... ...하루하루~..." ] ::

Friday, October 29

:: [159] | "Hari Pembunuh Hati Sedunia~..." ::

29.10.2010.
maka genap setahun. anniversary. (*sarcasm)






















29.10.2009
pada tarikh inilah satu titik hitam (yang masih kekal kini) terpalit dalam hati ako angkara seorang pembunuh hati yang kejam lagi tidak berperasaan. bertindak memain-mainkan perasaan dan hati ako secara sesuka hati. sesungguhnya, pada tarikh ini ako telah menjadi gila. hati tidak pernah tenang, asyik terusik, asyik menjerit. otak pula tidak stabil, asyik kosong, dan kosong lagi. betul-betul kosong.

berbulan-bulan lamanya ako terkesan dek perbuatan dia. banyak benda yang terganggu. malah kerja ako sekalipun. sumpah ako terdisturbed dengan begitu teruk. tapi bukan dia. dia gembira. sumpah dia gembira. tiada terkesan. langsung. sampai kini.

"...namun kali ini ako jauh lebih berhati-hati, takut-takut terbunuh lagi."

ako kuatkan hati. kuatkan diri. cuba mengangkat kepala. cuba membuka mata. cuba mencapai sesuatu untuk menyokong ako bangun semula. ako melutut. ako gagahkan diri untuk berdiri semula. dengan tegak dan nyata. banyak kali ako gagal. jatuh lagi. jatuh lagi. lutut masih lagi tak mampu menanggung beban. otak apatah lagi. tiada apa-apa di dalam. sedang hati begitu sakit. ako berusaha lagi untuk berdiri dengan kaki sendiri. semula dan semula lagi. sampai ako betul-betul berdiri. agak susah. agak payah. memang susah. sungguh payah. 

dan ako bersyukur hingga ke hari ini ako masih di sini. di sisi dan berhati. berotak. kini telah stabil rasanya. namun kali ini ako jauh lebih berhati-hati, takut-takut terbunuh lagi. walaupun luka masih di situ. agak samar, kadang-kadang jelas jugak tapi cepat ako ubatkan. cepat ako alihkan. dari terus sakit dan jatuh lagi.

dan kau, sila dengar dengan teliti. kau kini hanyalah sekadar cebisan picisan-picisan yang melayang-layang sekitar udara ako yang ako tak pernah hiraukan lagi walau dulu kau pernah menjengah hati ini. membuat ako sesak dan tersesak. hampir terbunuh kejam. sesungguhnya kau tak lagi penting, malah dengan sekuat hatinya ako katakan bahawa kau sudah tak pernah wujud lagi di dunia ni. sudah mati. ya mati.sekuat itu mahu ako. sekuat itu benci ako. jadi, silalah jangan berlegar-legar lagi di ruang udara ako yang sudah bersih kini dan mampu membuat ako bernafas lagi, kembali.

kata orang. kata ako.

sedangkan nabi ampunkan umat baginda. ako selalu dengar ungkapan itu. orang juga kata , rendahkan ego untuk mohon maaf dan memaafkan orang lain. meminta maaf bukanlah masalah bagi ako kalau memang sah sah salah ako tapi memaafkan orang itu merupakan sesuatu yang memerlukan pengorbanan besar bagi ako.

ako bukan nabi. nabi itu maksum, suci dari melakukan dosa. andai tak dapat memaafkan orang itu dikategorikan membuat dosa, ako akur. biarlah ako berdosa. ako manusia biasa. ako bukan nabi yang dibedah dada dan disucikan hati. ako hanya makhluk Tuhan yang hina dan tak lekang dek membuat salah. ako punyai hati dan perasaan. andai ada salah dan silap, jika dipohon maaf akan ako maafkan jika hati ako ini mampu berbuat demikian. tapi andai hati ini begitu kecil dan tipisnya iman didada, maka tidak dapatlah ako untuk memaafkan. ada salah yang perlu dimaafkan. ada salah yang patut dimaafkan. ada juga salah yang tak dapat dimaafkan.

selagi hati dan perasaan masih sakit, selagi itulah ako tak dapat memaafkan. biarlah masa menentukan dan menjadi tanda apa yang akan terjadi nanti. andai dalam jangkamasa tertentu hati ini dapat memaafkan, maka maaflah. tapi andai hati menginginkan masa selama lamanya untuk memaafkan, maka itulah nasibnya. sedikitpun ako tidak menyesal kerana tidak dapat memaafkan, kerana hati dan perasaan ako ini, terlalu sakit.

dan. kau, ini adalah kali dan hari terakhir ako berfikir dan bercakap pasal kau. tidak lagi selepas ini. kerana kau... kau dahpun mati...


p/s: "N, selamat menyambut Hari Pembunuh Hati Sedunia... andalah yang terbaik!" *taik (*tetek!) n dun forget to collect ur rewards nanti...!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin