:: [ .ib. : "...~ dalam dunia ni mane ade bende yg kekal, kalu hilang, hilanglah... macam mane pun kite sayang... ... ... takkan dtg balik... pandai2lah move on... ...하루하루~..." ] ::

Tuesday, October 13

:: jiwa | hati | akal ::












.jiwa sangat meronta. hati kata buat-buat. akal kata jangan-jangan. jiwa meronta lagi. lagi. dan lagi. hati turut bersetuju dengan jiwa. hati mengangguk-angguk. jiwa terus meronta. masih meronta. mahu keluar dan bertanya. mahu keluar dan memberitahu. lagi. ya memberitahu lagi apa yang sudah diberitahu. ako tidak tahu kenapa. tapi hati asyik meronta nak bertanya. nak memberitahu. kenapa? kenapa, hati? ako bertanya. hati terus dan terus meronta. lagi dan lagi, nak buat taktahu saja, mana mungkin. itu hati ako. itu saja hati ako. jiwa pun jiwa ako. satu-satunya jiwa ako. ako tak tahu. hati pun enggan memberitahuku. jiwa hanya meronta, enggan juga dia bersuara. tapi betulkah ako tak tahu? atau ako hanya buat-buat tak tahu? ako rasalah. ako buat-buat taktahu. supaya fikiran beralih agaknya. agaknya.

ako lari. ako mahu lari. ako tak mahu lari. tapi rasional menyuruhku. lari sekejap. jika nampak dia. ya ako nampak dia. kalau tak nampak pun. dia akan ako cari sampai ako nampak dia. rupa-rupanya ako juga meronta sama. dalam diam. sama saja seperti hati dan jiwa. sama. sangat sama. sebab kami nampak dia yang sama. setiap kali nampak dia, mulalah hati, jiwa dan akal meronta. disebabkan akal yang mengawal segala, ako kuatkan akal untuk mengawal hati dan jiwa. walau susah. ako cuba. cuba mengawal. sebab dia suruh ako buat macam biasa saja. itu pintanya. mulanya ako berfikir. bolehkah ako? hati dan jiwa kata, tidak mungkin. tapi akal berkata, jika kau suka dia buatlah apa yang dipintanya. percaya. jadi jika ako nampak dia. buatlah biasa saja. janganlah jiwa meronta. janganlah hati bergelora. sebab akal telah berkata. jangan memaksa, tunggu jawabnya...





p/s: hai awak... selamat pagi. buat ape tu? semalam pegi mane? weekn buat ape? ...? ....? .....? ....? ......... (dalam hati, jiwa meronta...)

2 comments:

L25 said...

lin faham apa yg u rasa

hati meronta2,mulut igin melafazkan bicara
nafsu ego menggila.

tahniah!
u dah angau!!

.ib. said...

hehe... kan. kan... i mengaku, memang dah angau gile! tensen kan tgk org yg kite suke hari2, tp xcpt nk buat ape2... hehe chill, ib!! ;)

Blog Widget by LinkWithin